DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan telah melaksanakan Program Didik dan Santun Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan Paya Keladi dan Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam.
Program ini dilaksanakan melalui medium ceramah dan menyantuni murid-murid dan ibu bapa di kedua-dua sekolah. Program ini diadakan bagi memperkasakan kempen keselamatan jalan raya dan pematuhan undang- undang terhadap penunggang motosikal di peringkat institusi pendidikan.
Program seumpama ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi baru yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya selaras dengan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR).
Turut diadakan Program Bimbing di Institut Kemahiran Tinggi PERDA. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada penunggang motosikal berkenaan bahaya lumba haram.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang