DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Berdasarkan aduan dan risikan, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan pelbagai kesalahan pematuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ), Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan ( C&U ) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 ( Akta 715 ) terhadap kenderaan barangan. Penguatkuasaan ini diadakan di sekitar Sungai Bakap, Jawi dan sekitar Bandar Cassia.
Kesalahan teknikal seperti cermin gelap, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran dan gagal selenggara kenderaan dengan baik antara kesalahan yang dikesan dalam operasi ini.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang