Notis Merah Interpol terhadap ahli perniagaan dalam buruan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low, yang diterbitkan atas permintaan Singapura pada Oktober 2016, masih berkuat kuasa.
Setakat ini, pihak berkuasa Singapura telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan kira-kira S$103 juta (S$1=RM3.48) wang berkaitan 1MDB yang dirampas kepada kerajaan Malaysia.
Pihak berkuasa Singapura sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memulangkan aset tersebut kepada Malaysia mengikut terma perjanjian penyelesaian antara Jho Low dan ahli keluarganya dan DOJ AS, dan mengikut undang-undang Singapura.
Sumber: Bernama