SITUASI SEMASA KES ROTAVIRUS DI HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ), TERENGGANU

Kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berkenaan dakwaan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Siasatan lanjut oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu mendapati hanya terdapat dua (2) kes sahaja yang telah disahkan mendapat jangkitan rotavirus di HSNZ pada Minggu Epidemiologi ke-28 (7 Julai 2024 sehingga 13 Julai 2024).

Kedua-dua kes berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang setelah mendapat rawatan di HSNZ dan sehingga kini tiada peningkatan kes rotavirus seperti yang ditularkan. Rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan sistem pencernaan. Berjangkit apabila termakan najis individu yang dijangkiti (faceal-oral) sama ada melalui air atau makanan yang tercemar. Sentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti atau melalui alat permainan, peralatan dan permukaan yang tercemar.

Gejala utama yang dialami oleh pesakit biasanya ringan kecuali bagi kanak-kanak iaitu boleh menyebabkan demam, cirit-birit dan muntah teruk yang membawa kepada dehidrasi. Sekiranya bergejala teruk, rawatan segera amat diperlukan kerana dehidrasi boleh menyebabkan kematian. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil makanan dan minuman yang selamat. Pastikan basuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas, menukar lampin anak, sebelum makan dan sebelum menyediakan makanan dan minuman. Orang ramai juga perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya bergejala.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …