PENJAWAT AWAM KEMUKA TUNTUTAN PALSU LEBIH RM111,000 DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir mantan palsu bagi mendapatkan bayaran pampasan tanah bernilai kira-kira RM111,000.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2014 dengan mengemukakan tuntutan palsu yang disyaki untuk membantu ahli keluarganya mendapatkan bayaran pampasan tanah di sebuah jabatan di negeri ini.

“Atas alasan tanah berkenaan terbabit dengan sebuah projek pembinaan jalan sedangkan tanah itu tidak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Katanya lagi, suspek akan di bawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah esok pagi untuk didakwa.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut