77 tan abu al-Quran dilupuskan sejak 2015

Kota Bharu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sudah melupuskan 77 tan abu al-Quran di perairan negeri itu sejak 2015.

Pelupusan dilakukan menerusi Program Pemuliaan Abu al-Quran yang dilaksanakan oleh JAHEAIK secara percuma.

Mana-mana naskhah al-Quran yang sudah rosak boleh dibawa melalui pejabat agama jajahan atau terus kepada JAHEAIK untuk diurus mengikut syarak sebagaimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Disember 2006 iaitu debu al-Quran yang sudah dibakar hendaklah ditanam atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya dengan jarak sekurang-kurangnya lima batu nautika dari daratan.

 

 

Sumber: Bernama, Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut