SELANGOR RED GIANTS CIPTA SEJARAH E-SUKAN, JULANG NAMA NEGARA

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Selangor Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 malam ini.

Pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi, SRG bermula dengan langkah kiri apabila tewas perlawanan pertama dengan keputusan 23 ‘kills’ berbalas 16.

Bagaimanapun skuad Malaysia itu kembali bangkit pada perlawanan kedua dengan mempamerkan aksi kemas untuk menyamakan kedudukan 1-1 meskipun lawannya AP Bren berjaya mendahului dengan jumlah ‘kills’ 14-11.

Momentum yang diraih anak buah jurulatih Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia itu gagal diteruskan pada perlawanan ketiga sekali gus menyaksikan mereka tewas 6-22 dalam aksi untuk membolehkan AP Bren selesa memimpin perlawanan.

SRG kemudiannya kembali mendapat rentak apabila memenangi perlawanan keempat dan kelima masing-masing dengan keputusan 18-4 dan 12-11.

Ketika hanya satu mata sahaja diperlukan SRG untuk mengesahkan kejuaraan MSC, juara bertahan dari Filipina itu berjaya menyamakan kedudukan apabila memenangi perlawanan keenam dengan keputusan 14-2 sekali gus mengheret SRG ke perlawanan penentuan.

Pada perlawanan penentuan SRG seolah-olah tidak memberi peluang kepada AP Bren apabila mendominasi perlawanan dan momentum itu diteruskan untuk mengetepikan pasukan lawan 21-10 sekali gus mengesahkan kejuaraan MSC buat kali pertama.

Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali Sekyss dinobatkan pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78).

– BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut