KUALA LUMPUR: Genap sedekad, Malaysia akan tetap meneruskan tindakan undang-undang terhadap dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014 hingga mengorbankan 298 nyawa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Malaysia bersama beberapa negara lain yang terbabit akan meneruskan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa.
Mahkamah The Hague di Belanda pada 18 November 2022 mensabitkan kesalahan terhadap tiga tertuduh (dua rakyat Rusia, Igor Girkin dan Sergei Dubinskiy serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko) atas dakwaan membunuh dan sengaja menyebabkan nahas pesawat tersebut.
- Pada 14 Julai 2014, pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh misil anti pesawat BUK di ruang udara timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sumber: Berita Harian