Kerajaan Negeri Kelantan sedang dalam proses mencadangkan Jambatan Guillemard di Mukim Tebing Tinggi Sungai Kusial, Tanah Merah yang mula dibina pada 1920 diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tapak sejarah warisan dunia.
- Jambatan sepanjang 609.6 meter itu adalah jambatan kereta api terpanjang di Malaysia yang sehingga kini masih digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
- Peninggalan sejarah Perang Dunia Kedua itu genap berusia 100 tahun pada Julai ini.
Sumber: Berita Harian