SESB TERUS PERKUKUH KAPASITI PENJANAAN TENAGA DI SABAH DAN LABUAN

SESB TERUS PERKUKUH KAPASITI PENJANAAN TENAGA DI SABAH DAN LABUAN

Labuan, 10 Julai 2024 – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terus memperkasakan kapasiti penjanaan tenaganya dan yang terkini melalui projek penyewaan lebih 100 unit set janakuasa (rental gensets) yang baharu.
Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, pengoperasian sepenuhnya set-set janakuasa di beberapa lokasi strategik di Labuan, Sandakan dan Lahad Datu ini telah memberi kesan positif terhadap keterpeliharaan sistem grid Sabah dan juga W.P Labuan.
Projek–projek ini mula dioperasikan secara berperingkat bermula pada bulan Februari lalu manakala fasa kedua projek di Labuan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2024.
Untuk kapasiti di Labuan, jumlah keseluruhan penjanaan adalah pada 135 MegaWatt (MW) berbanding permintaan beban penguna sebanyak 70MW sahaja khusus untuk Labuan.
Bagi kapasiti lebihan tenaga di Labuan ia akan di eksport ke Sabah melalui sistem grid setiap hari bagi membantu memastikan sistem srid secara keseluruhanya di kedua-dua wilayah adalah baik.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut