ISU PENCEMARAN: INDUSTRI, PENDUDUK PERLU SESI LIBAT URUS

Pihak industri diminta mengambil tindakan lebih proaktif dengan sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan penduduk terutama apabila timbulnya isu berkaitan pencemaran. Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, ia bagi memberi lebih keyakinan kepada penduduk terutama yang tinggal di kawasan berhampiran berhubung sebarang masalah yang timbul akan dapat diatasi. Beliau telah melawat sebuah kilang penapisan minyak mentah di sini. Ia susulan aduan pelepasan asap hitam yang mengundang masalah pencemaran sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di kawasan perumahan berhampiran baru-baru ini.

Pematuhan undang-undang dan peraturan ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh industri dan tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan. Pada masa sama, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan sentiasa melakukan pemantauan 24 jam melalui sistem pemantauan pelepasan berterusan (CEMS) terhadap sebarang pelepasan di udara.

Berkenaan pencemaran berlaku, Nik Nazmi berkata, ia bukanlah isu pencemaran yang disengajakan oleh pihak kilang, sebaliknya insiden kebocoran pada tiub dandang di premis. Pemantauan mendapati premis masih dalam proses startup dan penstabilan untuk beroperasi semula setelah tindakan pembaikan ke atas unit dandang selesai. Pelepasan asap hitam didapati berpunca daripada pembakaran gas yang tidak sempurna semasa proses penstabilan di unit flare. Bagi tujuan keselamatan, unit flare di dalam proses penapisan minyak mentah digunakan untuk membakar gas yang bertekanan tinggi di dalam sistem loji. Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk seperti kebakaran atau potensi letupan.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut