BELANJAWAN TAMBAHAN DIJADUAL DIBENTANG PADA SIDANG DUN YANG BERMULA ESOK

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dijadual membentangkan belanjawan tambahan 2024 pada Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 yang bermula esok (9 Julai).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia antara perkara yang akan dibentangkan pada persidangan DUN kali ini yang dijadual berlangsung hingga Khamis ini.

“Itu normal, memang selalu kita ada belanjawan tambahan untuk tambahan peruntukan yang diperlukan oleh kerajaan bagi separuh penggal ini hingga habis tahun, itu biasa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Program Penerangan Isu-Isu Semasa anjuran Biro Penerangan Gagasan Rakyat, di sini, petang ini.

Beliau ditanya mengenai jadual perjalanan persidangan DUN Sabah kali ini yang dijangka bakal membahaskan isu utama di negeri ini, khususnya berkaitan masalah air dan infrastruktur.

Pembentangan Belanjawan Tambahan 2024 itu dijadual dibentangkan Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Pada 25 November tahun lalu, Masidi membentangkan belanjawan negeri bagi tahun ini berjumlah RM5.701 bilion, berbanding hasil negeri yang disasar mencapai RM5.737 bilion.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut