45 KAKI PANCING TERPERANGKAP AKIBAT KEPALA AIR DI KOTA MARUDU

KOTA MARUDU: Seramai 45 orang berdepan detik cemas apabila terperangkap akibat kejadian kepala air ketika sedang menjalankan aktiviti pertandingan memancing di kolam berhampiran Kampung Longob, Jalan Tandek, di sini, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.11 petang.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Dusin Sagaron digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat kira-kira 45 orang terperangkap di seberang sungai akibat daripada berlakunya kepala air.

“Kejadian itu turut menyebabkan jambatan di sungai berkenaan rosak dibawa arus deras,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan sebelum kejadian semua mangsa sedang menjalankan aktiviti pertandingan memancing di kolam berhampiran.

Katanya, tindakan pasukan bomba menyelamat semua mangsa menggunakan tali dan tangga.

“Semua mangsa terdiri daripada 23 lelaki dan 15 wanita dewasa serta tujuh kanak-kanak berjaya diselamatkan.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 6.47 petang.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut