π—‘π—”π—¦π—œ π—•π—¨π—‘π—šπ—žπ—¨π—¦ π—•π—”π—Ÿπ—œπ—ž 𝗔π—ͺπ—”π—Ÿ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Seorang pemilik kedai makan berputih mata dan terpaksa menutup awal perniagaan apabila premis perniagaan beliau dikunjungi oleh pihak imigresen.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang ke atas sebuah kedai makan yang terletak di Bukit Minyak itu telah menemui 3 warga asing yang disyaki sebagai pekerja di premis terbabit.
Siasatan awal ke atas 2 lelaki dan 1 wanita warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 ke 40 tahun itu mendapati mereka tidak memiliki sebarang Pas atau permit untuk bekerja.
Siasatan lanjut ke atas seorang wanita tempatan yang disyaki sebagai pemilik perniagaan tersebut akan dilakukan dan jika sabit kesalahan menggaji seseorang yang tidak memiliki Pas yang sah akan dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua belas bulan atau kedua-duanya untuk setiap majikan.
Sumber : JIM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jim.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …