DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
angkapan (1) Perempuan Tempatan berusia 44 tahun oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya di Tepi Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas.
Semasa mangsa berada di rumah telah menerima mesej TAC transaksi dan mangsa membuat semakan mendapati wang dalam akaun telah berkurang sebanyak 2 kali yang berjumlah RM 9,444.92.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
Pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan JUAL BELI DI LAMAN SOSIAL/PINJAMAN TIDAK WUJUD/PELABURAN TIDAK WUJUD/ TAWARAN PEKERJAAN LUAR NEGARA atau SAMBILAN/ MACAU SCAM/LOVE SCAM/ PARCEL SCAM melalui sosial media.
Pihak polis juga menyarankan supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL PDRM, melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di APLIKASI GOOGLE PLAY STORE SEMAK MULE CCID sebelum membuat sebarang transaksi.
Salurkan maklumat sebarang kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian, 04-8664122, 0192238169 ( whatsapp) atau facebook (page) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484