DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan pelbagai kesalahan teknikal kenderaan barangan yang beroperasi di negeri ini. Tujuan penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan semua kenderaan ini mematuhi peraturan serta Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan ( C&U 1959 ).
Diantara kesalahan teknikal dikesan sepanjang penguatkuasaan ini diadakan ialah mengguna tayar celup tanpa patuhi standard piawaian dibenarkan serta tayar haus berlebihan , penggunaan cermin gelap tanpa mematuhi spesifikasi dibenarkan , lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, gagal selenggara kenderaan dengan baik dan lain-lain kesalahan teknikal.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang