LAWATAN PENGARAH MKN SABAH KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) PENDUDUK TERJEJAS BANJIR DAERAH PENAMPANG DAN PUTATAN

KOTA KINABALU (2 Julai): YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah telah melawat dan menyantuni penduduk terjejas banjir di dua (2) buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Dewan Kebudayaan Penampang dan Dewan Sri Putatan.

Kunjungan Pengarah MKN Sabah bertujuan untuk melihat sendiri keadaan penduduk terjejas banjir dan mendapatkan kemaskini situasi semasa di lapangan.

Berdasarkan laporan terkini APM Sabah setakat jam 8.00 pagi, jumlah penduduk terjejas banjir yang berlindung di empat (4) buah PPS berjumlah 464 orang dengan 279 orang berlindung di Dewan Kebudayaan Penampang, 139 di Dewan Sri Putatan dan selebihnya di PPS Daerah Tuaran dan Tamparuli.

Turut bersama mengiringi lawatan ialah Pegawai Daerah Penampang dan pegawai dari Pejabat Daerah Putatan. Mengakhiri lawatan, Pengarah MKN Sabah berharap agar semua urusan penduduk terjejas banjir dipermudahkan dan juga menyarankan kepada seluruh orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan peka terhadap keadaan cuaca yang tidak menentu.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …