MASIH RAMAI TAK PAKAI TOPI KELEDAR, TIADA LESEN MEMANDU

Tiada lesen memandu dan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar antara kesalahan dikesan polis sepanjang 25 hari Op Pematuhan Lalu Lintas di seluruh negeri ini yang menyaksikan 6,396 saman dikeluarkan. Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Khalid Othman, seramai 4,226 individu dan 6,420 kenderaan diperiksa dalam tempoh operasi itu dilaksanakan sehingga semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengeluarkan 6,396 saman atas pelbagai kesalahan trafik dengan halangan lalu lintas mencatatkan jumlah paling tinggi, iaitu 2,917 saman. Ia diikuti 642 saman kerana abai isyarat lalu lintas, lesen memandu (440), tidak pakai topi keledar (359), nombor pendaftaran (278), cukai jalan (258), langgar lampu isyarat merah (255) dan selebihnya membabitkan kesalahan teknikal.

Operasi dijalankan susulan peningkatan salah laku jalan raya di beberapa lokasi panas di semua daerah. JSPT mengambil tindakan penguatkuasaan dalam mendidik dan memberi kesedaran supaya pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas. Kawasan yang pengguna jalan raya kerap dikesan tidak patuh peraturan lalu lintas menjadi tumpuan sepanjang operasi di 27 lokasi seluruh negeri.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut