IMIGRESEN GEMPUR WARGA ASING DI KUALA PILAH

Jabatan Imigresen menahan 142 orang pendatang tanpa izin (PATI) selepas mengempur 34 kawasan tumpuan warga asing di Kuala Pilah, selama tiga hari sejak Jumaat lalu. Penahanan itu membabitkan 23 lelaki dan tiga wanita warga Myanmar, enam lelaki warga Pakistan, 54 lelaki dan 17 wanita warga Indonesia, 32 lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki serta empat wanita warga Kemboja dan dua lelaki warga India.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, berkata semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 54 tahun. Semua PATI itu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selepas pemeriksaan ke atas 315 individu.

Ramai dalam kalangan PATI yang ditahan dipercayai berpindah ke sekitar daerah Kuala Pilah akibat daripada operasi yang giat dilaksanakan di Seremban dan Nilai. Semasa operasi dijalankan, terdapat cubaan warga asing melarikan diri kerana ketakutan apabila ternampak pasukan Imigresen melakukan serbuan. Ada antara mereka bersembunyi di atas siling. Selain itu berlaku pergelutan di antara warga asing dengan anggota Imigresen di sebuah premis. Namun, semuanya berjaya diberkas. Semua PATI dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut