๐Ÿณ ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ.
Tali pinggang keledar ini dapat membantu jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang lain.
๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ผ๐—ฝ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ.
Bagi penunggang motosikal dan juga basikal, pastikan sentiasa memakai topi keledar. Pakai topi keledar dengan betul dan ketatkan tali semasa memakainya.
๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜‚ ๐—น๐—ฎ๐—ท๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ ๐—น๐—ฎ๐—ท๐˜‚.
Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Setiap ketetapan had laju adalah penting demi penjami keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป.
Bagi semua pejalan kaki, sila guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan. Lihat kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum melintas.
๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ.
Bagi pemandu yang mempunyai bayi, gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan kerusi tersebut telah dipasang ketat. Pakaikan anak anda tali pinggang keledar di kerusi tersebut.
๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜‚.
Penggunaan telefon bimbit semasa memandu amat merbahaya dan sering kali menjadi penyebab terjadi kemalangan jalan raya. Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan anda leka semasa memandu.
๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜.
Sila pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi. Ini kerana kereta anda masih berada di jarak yang selamat jika anda menggunakan brek kecemasan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย ย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut