Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Zainudin Aman (dua dari kiri) meninjau kawasan Cheshire Home di Likas, Kota Kinabalu, sempena Program Khidmat Masyarakat Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam pada 25 Jun 2024.
KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) memberi amaran tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat anggota perkhidmatan awam negeri dikenali pasti melakukan kesalahan melanggar integriti.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman, berkata beliau meminta kementerian dan jabatan berkaitan untuk melihat aduan-aduan yang dilaporkan sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Sekiranya ada anggota perkhidmatan awam yang terlibat dalam apa juga salah laku, tindakan haruslah diambil selaras dengan peraturan-peraturan di dalam perkhidmatan awam,” katanya.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: Harian Ekspres Sabah