SIBEC BAKAL DIADAKAN SEPTEMBER DEPAN

KOTA KINABALU (26 Jun):  Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) akan berlangsung selama tiga hari bermula 2 September depan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai berkata, persidangan tersebut menumpukan kepada kerjasama, inovasi dan pemuliharaan dalam konteks ekonomi sabah biru bagi mewujudkan masa depan yang mampan.

“SIBEC turut melibatkan peserta daripada dalam dan luar negara iaitu sasaran penyertaan dari Sabah seramai 1,500 orang, Semenanjung 500 orang dan luar negara 500 orang.

“Setakat ini, penglibatan dari luar negara termasuk China, Korea, United Arab Emirates dan beberapa Speaker daripada Eropah yang sudah mengesahkan kehadiran dalam persidangan itu.

“Persidangan tersebut memfokuskan penerokaan ekonomi biru lautan dalam yang diyakini mampu melonjakkan pendapatan ekonomi negeri dan dan boleh memakmurkan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut