PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR (BORNEO ULTRA OCEAN CLEAN UP) SIRI 3 SECARA KOLABORASI BERSAMA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

KOTA KINABALU (22 Jun 2024): Sebanyak 1,434kg sampah dikutip hasil pembersihan dasar laut serta pembersihan pantai menerusi Program Borneo Ultra Ocean Cleanup 2024 Siri Ketiga (3.0) anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kerjasama strategik Bersama MKN Negeri Sabah, agensi, pihak swasta dan NGO.  Program dimulakan dengan lafaz ikrar menentang pencemaran ekosistem laut oleh para peserta bertujuan menanam kesedaran akan pentingnya menjaga kelestarian ekosistem laut.

Program pembersihan dasar laut (Ocean Clean Up) telah disertai oleh seramai 153 penyelam dan berjaya mencipta rekod “The Largest Underwater Clean” dalam Malaysia Book Of Records.

 

 

 

 

Manakala program pembersihan pantai (Beach Clean Up) ini turut mendapat penyertaan daripada 1,152 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, pelajar dan juga masyarakat setempat.

YBhg. Datuk Ag. Shahminan bin Datuk Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah bersama YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah selaku tetamu kehormat berserta jemputan lain telah dibawa melawat ke tapak-tapak pembersihan dasar laut dengan menaiki bot dan menyempurnakan pelepasan penyelam di sekitar Pulau Manukan, Sepanggar dan kawasan Taman-Taman Sabah.

 

 

 

Selain aktiviti utama, pelbagai agensi turut membuka reruai pameran yang menarik sepanjang program tersebut. MKN Negeri Sabah juga turut melaksanakan sesi interaktif dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para peserta dan pengunjung.

Program seperti ini bukan sahaja dapat mengukuhkan kerjasama agensi kerajaan dan masyarakat setempat, malah ianya wajar diteruskan untuk meningkatkan kesedaran setiap individu berkenaan tanggungjawab bagi menjamin kebersihan dan kelestarian ekosistem laut demi generasi yang akan datang.

#MalaysiaMADANI

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut