DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan Khas Ops Ulat dan e-hailing iaitu melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sebanyak 2 pemandu kenderaan telah dikesan dan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 16 APAD 2010, iaitu kenderaan persendirian mengambil penumpang tanpa Lesen Pengendali, kenderaan tersebut juga disita oleh JPJ dan sebuah lagi dikenakan tindakan atas kesalahan dibawah Seksyen 22 APAD 2010, Langgar Syarat Permit. Penumpang yang diambil adalah pelancong warganegara luar dengan dikenakan kadar bayaran mengikut distinasi dituju.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang