RM474.55 JUTA PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK PENDIDIKAN TAHUN INI

TAWAU: Kerajaan negeri memperuntukkan bajet yang besar sebanyak RM474.55 juta bagi meningkatkan tahap pendidikan di Sabah tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peruntukan itu juga untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa serta, pembangunan dan operasi sekolah termasuk perpustakaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan serta isu pendidikan demi memastikan pendidikan anak bangsa terus diberikan perhatian.

“Kerajaan Negeri juga amat komited dan telah merangka pelbagai program dan memperkasakan inisiatif-inisiatif sedia ada demi memastikan setiap anak-anak mempunyai akses kepada pendidikan demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini, termasuk memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekan kepentingan modal insan.

“Inilah bukti betapa kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini”, katanya pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (Mapens) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hajiji juga mengucapkan tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangsangkan.

Katanya, pencapaian calon peperiksaan SPM 2023 lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun sebelumnya dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada 2022, iaitu perbezaan 0.13 mata.

Hajiji berharap dengan kerja bersungguh-sungguh dan penuh komitmen semua guru, ia dapat meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan negeri Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut