DUA BOT NELAYAN TANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN DITAHAN APMM

LAHAD DATU: Dua buah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari 1.5 batu nautika dari daratan Timur Pelabuhan Kunak, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Mohd Firdos Ayob berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan kira-kira jam 10.24 pagi dan 10.40 pagi.

Katanya, kapal ronda APMM yang menjalankan Op Sejahtera mengesan dua buah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas bot terbabit mendapati lima lelaki terdiri empat warganegara dan seorang warga asing berusia 22 hingga 51 tahun berada di bot berkenaan.

“Kedua-dua bot nelayan terbabit didapati melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak 1.1 dan 1.2 batu nautika dari daratan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, semua kru, bot dan muatan hasil laut dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Lahad Datu.

Pasukan APMM memeriksa salah sebuah bot yang ditahan kerana menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan. – Foto/APMM

“Bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut yang dianggarkan bernilai lebih 180,000 itu disita untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Mohd Firdos berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan ke atas kes-kes membabitkan nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat berhampiran daratan.

“Aktiviti menarik pukat pada jarak yang berhampiran pantai boleh merosakkan ekosistem laut dan mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

“Orang ramai turut diminta membantu pihak APMM dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727 atau MERS 999,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …