DISANGKA AYAM DIMAKAN MUSANG, RUPANYA HARIMAU KUMBANG

Siapa sangka lebih 50 ternakan ayam milik seorang warga emas di Kampung Gagu dekat sini yang mati sebelum ini rupanya dibaham harimau kumbang, bukannya musang. Malah keadaan itu menyebabkan rutin harian Mohd Kaharudin Ibrahim, 60, ke surau setiap kali waktu Maghrib dan Isyak terganggu sejak seminggu lalu. Pada awalnya dia hanya beranggapan ayamnya dimakan musang dan tidak mengendahkannya, tetapi semuanya berubah empat hari lepas, kira-kira jam 9.30 malam setelah melihat sendiri binatang buas itu dekat reban ayam sekali gus ย membuatkan dia dan isteri mula diselubungi ketakutan. Kini ternakannya hanya tinggal 14 ekor dan kesemuanya anak ayam.

Menurut Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan pemangsa yang telah menyerang ternakan penduduk. Pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan melakukan siasatan dan mencari penyelesaian terhadap aduan ini. Hasil siasatan di lokasi kejadian, pihak jabatan mendapati terdapat kesan kehadiran disyaki spesies harimau di kawasan reban pengadu. Perhilitan telah memasang perangkap Harimau Kumbang di lokasi kejadian.

Sumber:ย Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut