PPM RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM300,000

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas rokok seludup bernilai lebih RM300,000 dalam pemeriksaan terhadap sebuah lori di tepi jalan di Jalan Bypass Lahad Datu, Batu 7, di sini, semalam.

Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan PPM Lahad Datu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 5.30 petang.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan di bahagian belakang lori berkenaan dengan disaksikan suspek sendiri.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 10,213 bungkusan rokok jenis Gunung Gandum disyaki diseludup dan tidak mempunyai cukai kastam.

“Suspek kemudian ditahan dan kenderaan serta barang-barang rokok dirampas kerana disyaki barang salah.

“Nilai rokok yang dirampas berjumlah RM306,390 manakala nilai keseluruhan termasuk lori berjumlah RM351,390,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi.

“Siasatan awal dipercayai rokok berkenaan dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

Sumber : Info X

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut