23 Jun – Satu Lawatan Kerja oleh YM Raja Dato’ Nushirwan Bin Zainal Abidin ke Negeri Kelantan telah diadakan pada hari ini. YM Dato’ dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Pengkalan Kubor dan seterusnya melawat tapak Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor yang telah dirobohkan pada 7 Mac 2024. YM Raja Dato’ dibawa menaiki bot menelusuri sepanjang Sungai Golok dan berkesempatan meninjau beberapa pengkalan dan stor-stor haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.
Turut hadir adalah Tn Haji Jefny Bin Muhammed (Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Kelantan), Pn Azizah Binti Mohamed Said (Pengarah BPSD), Tuan Rusydee Bin Abdullah (Ketua Jajahan Tumpat), KPDNHEP, APMM, Polis Marin dan beberapa agensi keselamatan.