KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYA

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia dipercayai dibaham buaya ketika mandi di sungai Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan dibaham buaya di sungai berkenaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.16 tengah hari.

Katanya, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Alan Ayuh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggunakan kaedah surface rescue.

“Mangsa berjaya ditemukan oleh penduduk kampung 500 meter dari lokasi mangsa dibaham buaya, jam 3.05 petang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 3.19 petang,” katanya.

Operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

Sumber : Utusan Borneo

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut