HULU SELANGOR – Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dengan kerjasama strategik pengurusan Felda Soeharto telah menganjurkan Program Kenduri Sekampung MADANI Rakyat 2024 pada 19 Jun 2024 di Dewan Semai Bakti Felda Soeharto.
Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor. Program ini turut dihadiri oleh YM Raja Mohd Adzlan Raja Adanan, Special Officer to CEO FGV Palm Industries Sdn Bhd; Encik Hasan bin Jamaludin, Ketua Peneroka Felda Soeharto mewakili Pengurus Felda Soeharto; En Nor Muhammad bin Badardin, wakil Penyelaras DUN Hulu Bernam; Encik Azmi bin Abdullah, Pengurus Kilang Sawit Sungai Tengi dan seluruh masyarakat dan komuniti Felda Soeharto, Hulu Selangor.
Program yang dianjurkan khusus untuk komuniti FELDA sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2024 dengan program yang berkonsepkan gotong royong melaksanakan ibadah korban kepada golongan asnaf dan Kenduri Sekampung selain menyampaikan sedikit sumbangan kepada warga FELDA Soerharto.
Terima kasih JKKR Felda Soeharto, GPW Felda Soeharto, KAF Felda Soeharto, MBFM Felda Soeharto, MPKK Felda Soeharto dan Masjid Al-Taufiqiah Felda Soeharto atas jalinan kerjasama strategik bagi menjayakan program ini.
Semoga perpaduan dalam kalangan rakyat semakin kukuh dan keselamatan negara terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#MKNSelangor
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan