BANJIR MEMBAKUT: MANGSA DIPINDAHKAN MENINGKAT KEPADA 100 ORANG

MEMBAKUT: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), di sini, meningkat kepada 100 orang pagi ini berbanding 37 mangsa malam tadi.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sabah, semua mangsa dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon, Beaufort.

PPS terbabit dibuka sejak jam 4 petang semalam selepas bencana banjir diisytiharkan di daerah ini pada jam 3 petang semalam.

“Setakat pagi ini mangsa berada di PPS meningkat kepada 100 orang daripada 40 keluarga. Mangsa terdiri daripada 20 lelaki dewasa, 36 perempuan dewasa dan masing-masing 22 kanak-kanak lelaki dan perempuan,” katanya.

Beberapa kawasan rendah di daerah ini dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Membakut akibat hujan berterusan sejak pagi semalam.

Kebanyakan kampung di kawasan rendah, termasuk pekan lama Membakut dan beberapa jalan utama dinaiki air hingga tidak dapat dilalui kenderaan.

Berikutan situasi itu, JPBD Membakut mengisytiharkan bencana banjir pada jam 3 petang semalam selepas mengambil kira maklumat lapangan dan laporan agensi berkaitan berhubung perkembangan semasa situasi banjir di daerah ini.

 

 #MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut