PENETAPAN SASARAN KERJA TINGKAT PRODUKTIVITI KERJA MKN KEDAH

Sasaran Kerja Utama (SKU) merujuk kepada objektif atau matlamat utama yang ditetapkan oleh sesuatu jabatan untuk menjalankan tugas-tugasnya. Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah telah menganjurkan bengkel pada 20 hingga 21 Jun yang lalu bagi mengkaji semula SKU jabatan bagi separuh penggal tahun 2024.

Program bertujuan untuk memantapkan lagi gerak kerja jabatan bagi penggal seterusnya di samping melihat kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), CP Dato’ Baharuddin Haji Ahmad telah sudi melapangkan masa untuk hadir merasmikan bengkel yang bertempat di Sedim Riverside Resort. Bercakap semasa ucapan perasmian, beliau mengingatkan kepada warga kerja MKN Kedah supaya sentiasa meningkatkan produktiviti dan sumbangan kepada jabatan supaya keselamatan negara kekal terpelihara.

Tambah beliau lagi, kemesraan dan kerjasama yang baik sesama warga kerja juga perlu dibentuk supaya keharmonian semasa bekerja dapat dipupuk. Hal ini kerana persekitaran yang positif di pejabat juga mempengaruhi produktiviti dan gerak kerja yang mantap selain beliau turut mencabar kesemua peserta yang hadir untuk melakukan perubahan dalam gerak kerja masing-masing khususnya melibatkan perkongsian dan pencarian maklumat berkait isu keselamatan di negeri.

Dalam bengkel yang sama, MKN Kedah telah menjemput Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan sedikit perkongsian mengenai kaedah perisikan.

Hadir sama di dalam bengkel ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Zuraini Mohd Yusof dan Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Bakhtiar Effendy Khalid.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …