TUMPAHAN MINYAK SINGAPURA: PESISIR PANTAI TERJEJAS BERBAU, KERJA PEMBERSIHAN DIJALANKAN

KOTA TINGGI: Air laut di pesisir Pantai Sungai Rengit di sini, berubah menjadi warna hitam dan berbau minyak.

Keadaan itu dapat dilihat sepanjang kira-kira satu kilometer garis pantai di Sungai Rengit ke Teluk Ramunia, akibat kesan tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal di kawasan perairan Singapura.

Biarpun sudah memasuki hari kelima, kesan itu dapat dilihat, terutama ketika air surut.

Tinjauan di lokasi sejak pagi tadi ketika air laut pasang mendapati sebahagian air laut di pesisir pantai berwarna hitam.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak membabitkan sepanjang pesisir pantai yang panjang dan hanya bersifat berkelompok, khususnya di kawasan berteluk seperti di pantai berdekatan Jeti Pengkalan Nelayan Sungai Rengit, Dataran Sungai Rengit dan Pantai Teluk Ramunia di sini.

Sisa kesan tompokan minyak juga dapat dilihat pada sampah yang berada di pesisir pantai terjejas seperti batu, pasir dan tiang jeti serta bahagian tepi bot nelayan.

Seawal jam 10 pagi tadi, kerja pembersihan sudah dijalankan oleh pihak kontraktor pembersihan dipercayai dilantik pihak Singapura yang mempunyai kepakaran dalam pembersihan tumpahan minyak di kawasan pesisir pantai.

Turut kelihatan beberapa pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor membuat pemantauan di sekitar lokasi terbabit.

Jumaat lalu, sebuah kapal dari Belanda, Vox Maxima dilaporkan melanggar kapal tangki minyak dari Singapura, Marine Honor di Terminal Pasir Panjang, Singapura.

Kejadian itu menyebabkan kapal tangki minyak berkenaan mengalami kebocoran dan berlaku tumpahan minyak sebanyak 400 tan.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut