43 WARGA VIETNAM DIDAKWA SALAH GUNA PERMIT, PAS LAWATAN

Seramai 43 warganegara Vietnam membabitkan 20 wanita dan 23 lelaki yang bekerja di negara ini tanpa permit sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial didakwa di Mahkamah Majistret Bahau pada Jumaat. Bagaimanapun kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 56 tahun itu tidak faham dengan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak. Berdasarkan pertuduhan pertama, kesemua mereka didapati menggunakan pasport yang dikeluarkan kepada mereka sudah tamat tempoh sah laku.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di premis di Pusat Perniagaan Bahau pada 8 Jun lalu, jam lebih kurang 5 petang. Mereka didapati melanggar peraturan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta yang sama. Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, tempat dan masa yang sama, kesemua mereka tanpa sebarang alasan yang munasabah didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tujuan bekerja. Sehubungan itu, mereka telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Farahidah Zool Beri, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam S Selvaakumaran dari Umar & Co dan Chaucer CK Gan dari CK Gan & Sui. Mahkamah seterusnya menetapkan 31 Julai depan bagi sebutan semula kes dengan kehadiran jurubahasa Vietnam. Sementara itu, difahamkan majikan pekerja warga asing berkenaan iaitu lelaki berusia 48 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pendatang asing tanpa izin dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …