SEMAKAN KEHAKIMAN 40 PERATUS: KERAJAAN SABAH DIDENGAR SEBAGAI PIHAK DALAM PROSIDING MAHKAMAH TINGGI

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan didengar sebagai pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Peguam Negara terhadap kebenaran diberikan kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) berkaitan semakan kehakiman 40 peratus hasil Sabah.

Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh, berkata ia sejajar dengan pendirian kerajaan negeri dalam isu perlembagaan berkenaan yang harus diselesaikan sepenuhnya berdasarkan merit dalam perbicaraan substantif oleh pihak SLS di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, pendirian itu dijelaskan dan disahkan secara lisan oleh Peguam Besar Sabah dan beliau sendiri selaku wakil kerajaan negeri sebelum Mahkamah Rayuan membuat keputusannya hari ini.

“Sebagai tambahan, kami juga telah mengesahkan bahawa kami telah menarik balik penyerahan awal yang dibuat pada 16 Mei 2024.

“Oleh itu, pihak kami tidak menyokong rayuan yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan kebenaran kepada SLS.

“Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah akan didengar sebagai pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi.

“Seperti yang telah dinyatakan Mahkamah Rayuan, ini adalah kepentingan perlembagaan yang tinggi dan adalah wajar untuk ditafsir secara kehakiman dan ditetapkan sebagai perkara kepentingan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh.

Bekas Presiden SLS, Datuk Roger Chin, pagi tadi berkongsi keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Peguam Negara pada pendengaran yang berlangsung secara dalam talian, hari ini.

Brenddon memuji keputusan yang mengekalkan kedudukan pihak Mahkamah Tinggi dalam memberikan kebenaran kepada SLS untuk meneruskan perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman mereka berhubung pemberian khas 40 peratus yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah Rayuan dalam menolak rayuan Jabatan Peguam Negara Persekutuan tidak bersetuju dengan kenyataan daripada pihak mereka bahawa SLS tidak mempunyai ‘locus standi’ atau bahawa perkara itu adalah ‘non- justiciable’. Tiada sebarang kos yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Rayuan,” katanya.

Sementara itu, katanya dalam masa yang sama dan secara berasingan, sesi perundingan di antara Kerajaan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan mengenai Pemberian Khas Hasil Bersih 40 peratus di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dijangka berterusan.

Katanya, perkara itu seperti yang sudah dipersetujui mengikut ‘interim arrangement’ di antara kerajaan masing-masing.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut