RM10.2 JUTA LESAP ANGKARA PELABURAN

Kes penipuan pelaburan di Negeri Sembilan setakat Mei lalu, menunjukkan peningkatan yang tidak ketara berbanding tempoh sama tahun lalu, namun jumlah kerugian meningkat hampir RM7 juta. Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Khalid Othman, berkata sepanjang tahun lalu, sebanyak 399 kes penipuan pelaburan dilaporkan dengan kerugian mencecah RM17 juta.

Bagaimanapun, setakat Mei tahun ini sahaja, sebanyak 136 kes penipuan pelaburan dilaporkan di negeri ini dan jumlah kerugiannya sudah mencecah RM10.2 juta. Berbanding tempoh sama tahun lalu, terdapat kenaikan dua kes dengan jumlah kerugian RM3.3 juta. Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban mencatatkan jumlah laporan kes paling tinggi tahun lalu iaitu sebanyak 158 kes dengan kerugian berjumlah RM11.1 juta.

Mengenai sasaran mangsa, semua orang berisiko namun berdasarkan data, individu berusia antara 31 hingga 40 tahun paling ramai menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, tahun lalu. Modus operandi sindiket adalah dengan mengiklankan skim pelbagai pelaburan seperti forex atau mata wang, saham, emas dan aset digital di media sosial.

Sindiket penipuan pelaburan ini mencari mangsa dengan menggunakan nama individu berpengaruh seperti selebriti termasuk agamawan untuk mempengaruhi mangsa. Sindiket menawarkan pelaburan tanpa risiko serta jaminan keuntungan yang tinggi mengakibatkan ramai individu tertarik. Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya mencari ilmu pengetahuan mengenai mana-mana skim pelaburan yang ditawarkan dan tidak mudah terpengaruh. Jangan sesekali menyertai skim pelaburan yang tidak dilesenkan atau diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti. Tawaran pulangan yang kompetitif berbanding simpanan biasa menyebabkan ramai gelap mata dan menjadi mangsa.

Scammer menerusi pelbagai aplikasi di media sosial menunjukkan bukti kononnya ahli yang menyertai skim yang ditawarkan sudah mendapat keuntungan setiap hari. Aplikasi paling digemari sindiket adalah melalui Telegram yang mana mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan sembang secara rambang dan ahli sindiket yang menyamar sebagai pelabur atau orang awam akan berkongsi keuntungan masing-masing.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut