HAJIJI SEMPURNAKAN PROGRAM IBADAH KORBAN IPD TUARAN

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyempurnakan Program Ibadah Korban Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran sempena sambutan Aidiladha, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Awang Maidin.

Turut bersama Ketua Menteri ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Joniston Bangkuai; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau dan ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya.

Hajiji turut beramah mesra dengan anggota dan keluarga IPD Tuaran serta tetamu lain yang hadir.

Bercakap kepada media, Hajiji berkata Hari Raya Aidiladha memberi keinsafan kepada umat Islam bukan saja mencari keredahan Allah SWT tetapi semangat dan ibadah korban menjadi pengajaran untuk peduli kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, selepas solat sunat Hari Raya Aidiladha, umat Islam akan mengadakan ibadah korban masing-masing, terutama mereka yang mempunyai niat untuk bersedekah korban.

“Tapi yang penting ialah semangat dan niat kepedulian kita kepada masyarakat yang kurang berkemampuan,” katanya.

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M di Masjid Haji Noor Kampung Serusop bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Beliau turut menyertai jemaah bertakbir bersama-sama Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali.

Hajiji juga meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah selepas selesai solat pada jam 8.30 pagi, sebelum menghadiri Program Ibadah Korban di IPD Tuaran.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut