π—žπ—˜π—‘π——π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 β€˜ π—¨π—Ÿπ—”π—§ β€˜ π——π—œπ—¦π—œπ—§π—”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan Khas Ops Ulat dan e-hailing iaitu melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sebuah kenderaan persendirian disita kerana melakukan kesalahan dibawah Seksyen 16 APAD 2010, Tiada Lesen Pengendali iaitu kenderaan persendirian menjalankan perkhidmatan awam dengan mengenakan kadar bayaran sewaan.
Tindakan penguatkuasaan berterusan akan terus dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu dan pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

Β Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna β€” simbol cinta & bangga pada tanah air tercintaΒ  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut