SEORANG LELAKI WARGA ASING DITAHAN DALAM CUBAAN SELUDUP MINYAK PETROL DI ICQS BUKIT BUNGA, TANAH MERAH KELANTAN

TANAH MERAH  : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan pemeriksaan kenderaan tempatan dan asing di ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Sedang pasukan menjalankan pemeriksaan pada jam 5.45 petang kelmarin seorang lelaki warga asing berusia 50an berdasarkan pass lawatan sementara ditahan bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan jenis Proton Waja disyaki tangki ubahsuai membawa muatan minyak petrol.
Pasukan membuat penyitaan terhadap keseluruhan 95 liter minyak petrol dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 194.75 dan kenderaan dengan nilai rampasan sebanyak RM 8,000.00 selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan akan terus membanteras penyelewengan barang kawalan di sempadan negara dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras sepenuhnya.
KPDN Kelantan juga memastikan supaya pengguna dapat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan dan agar peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan, selain memastikan juga bekalan agar mencukupi kepada pengguna.
KPDN Kelantan bertegas tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat.
Pengguna atau orang awam diingatkan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan di saluran rasmi yang disediakan.
Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui :- 👉 https://linktr.ee/kpdn

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut