KASTAM SABAH RAMPAS ENAM KONTENA BERISI MINUMAN KERAS LEBIH RM2.7 JUTA

KOTA KINABALU (12 Jun): Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah sekali lagi menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dengan merampas enam kontena berisi barang tidak bercukai itu dianggarkan bernilai lebih RM2.7 juta termasuk duti dan cukai.

Rampasan itu dilakukan oleh pasukan serbuan terdiri daripada anggota dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu, selepas dipercayai cuba diseludup masuk ke dalam negara ini melalui Pelabuhan Sepanggar, di sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 10 Mei lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, bertindak atas maklumat, pasukan serbuan telah membuat pemeriksaan ke atas 20 buah kontena.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap semua kontena itu mendapati sebanyak enam kontena berisi minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

“Jumlah keseluruhan minuman keras jenis bir pelbagai jenama berkenaan dianggarkan sebanyak 149,925.6 liter. Anggaran nilai harga adalah sebanyak RM484,788 dan anggaran duti serta cukai terbabit bernilai RM2,264,476.40.

“Jumlah keseluruhan adalah bernilai RM2,749,264.40,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, di sini, hari ini.

Mohd Nasir berkata, siasatan mendapati penyeludup masih menggunakan modus operandi yang sama iaitu membuat pengikraran yang tidak betul iaitu memalsukan maklumat pada dokumen sebelum menyeludup masuk minuman ke negeri ini.

Katanya, antara pengikraran barangan yang dinyatakan termasuklah perabot, pakaian, alat elektrik, perkakasan serta barangan campur lainnya.

Mohd Nasir (dua dari kiri) memeriksa kotak berisi minuman keras yang dirampas pasukan operasi di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut