BALAI BOMBA NABAWAN AKAN BEROPERASI HUJUNG BULAN INI

KENINGAU (12 Jun): Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Nabawan akan beroperasi hujung bulan ini.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan berkata, dengan adanya balai bomba tersebut ini akan mempercepatkan lagi operasi penyelamatan berbanding sebelum ini.

Katanya, sebelum ini, Nabawan bergantung kepada kekuatan Balai Bomba Sook dan Keningau.

“Untuk makluman, Balai Bomba dan Penyelamat Nabawan telah pun dilakukan pemeriksaan akhir siap kerja (Testing and Commissioning) dan dijangka pada penghujung bulan Jun atau awal Julai ia akan beroperasi sepenuhnya” katanya kepada pemberita selepas penutupan Cabaran Kokurikolum Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Negeri 2024, Zon 4 Keningau Kali ke-25 yang diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau di sini, pada Isnin.

Yuszaimi memberitahu, seramai 28 anggota termasuk Ketua Balai ditempatkan di Balai Bomba tersebut.

“Apabila Balai Bomba dan Penyelamat itu beroperasi sepenuhnya, ia mempercepatkan kita punya KPI “first responder” kebakaran ataupun penyelamatan seperti kemalangan jalan raya,” katanya.

Jelasnya, bangunan balai Bomba dan Penyelamat Nabawan dibina di tapak berkeluasan 1.4 hektar dengan peruntukan hampir RM5 juta yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut