SASARAN SELESAI MISKIN TEGAR SEBELUM JULAI SATU CABARAN DARIPADA PM, KATA MASIDI

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara (YPNM) Sabah meminta pihak KOTA KINABALU: Sasaran ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemiskinan tegar di Sabah sebelum Julai depan disifatkan sebagai satu cabaran untuk memastikan masalah itu diselesaikan segera.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata beliau berpendapat tidak timbul soal sasaran itu dapat dicapai mengikut tempoh ditetapkan atau tidak, kerana yang penting ialah usaha gigih bagi melaksanakan strategi dan program menyelesaikan masalah itu.

Katanya, Kabinet negeri sudah membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mingguan baru-baru ini bagi menyegerakan usaha menyelesaikan masalah miskin tegar yang berlaku di negeri ini.

“Berhubung perkara itu, kita sudah membincangkannya dalam mesyuarat Kabinet dua minggu lalu. Pelbagai srategi diperkenalkan bagi bantu golongan sasar dan memastikan jumlah miskin tegar berkurangan.

“Kita tidak memilih ‘time line’, bagi kita itu cabaran dan perlunya usaha lebih gigih lagi. Kita lebih memikirkan kaedah yang boleh melepasi masa akan datang.

“Saya tahu niat Perdana Menteri ialah supaya kita bekerja keras untuk membasmi kemiskinan tegar dan saya fikir pada tafsiran saya, ‘time line’ itu sekadar satu ‘urgency’, sebagai satu usaha serius bagi menangani kemiskinan tegar.

“Soal dapat capai atau tidak (sebelum Julai depan) tidak sepenting usaha melipat ganda untuk mencapai usaha membasmi kemiskinan secara total,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan MoU kerjasama di antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada sasaran untuk menyelesaikan miskin tegar di Sabah dapat dicapai sebelum Julai depan seperti disebut Perdana Menteri sebelum ini.

Pada sambutan Kaamatan di Penampang akhir bulan lalu, Anwar menjelaskan bahawa masalah kemiskinan tegar di Sabah akan diselesaikan sebelum Julai tahun ini.

Dalam hal lain, Masidi berkata Kementerian Kewangan negeri berjaya meningkatkan kutipan hasil pada tahun lalu hasil kerjasama dengan SPRM dalam usaha mengatasi ketirisan dan meningkatkan integriti kakitangan dalam melaksanakan amanah.

“Kita berterima kasih kepada SPRM kerana mereka bukan saja membantu membasmi amalan rasuah tetapi juga mewujudkan suasana amanah dalam pentadbitan awam.

“Lebih banyak kerjasama dengan SPRM, akan memberikan hasil yang lebih baik. Kementerian Kewangan ini mengurus duit dan tahun lalu pungutan hasil kita bertambah tinggi kerana kakitangan kita lebih efisyen mengutip hasil tertunggak,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut