POLIS BANTU SELAMATKAN MANGSA PUTUS TIGA JARI

Bantuan diberikan mungkin nampak kecil, namun tindakan dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai membantu menghantar seorang lelaki ke hospital telah menyelamatkan tiga jarinya yang terputus. Dalam kejadian Ahad lalu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan terputus tiga jari tangan kanannya ketika membaiki motosikalnya yang mengalami kerosakan di Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah utara dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang. Difahamkan lelaki berkenaan dalam perjalanan dari Muar ke Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, lelaki itu kemudiannya meminta bantuan sepupunya untuk menghantarnya ke hospital. Bagaimanapun katanya, ketika mereka dalam perjalanan ke hospital kereta dinaiki pula mengalami masalah ‘overheat’. Sepupu lelaki itu kemudiannya telah menahan kereta peronda IPD Nilai dinaiki Koperal Mohd Rizad Roshlan dan Koperal Mohd Hazuan Azari Zakaria yang sedang menjalankan penugasan rondaan di kawasan Nilai-Labu, di kawasan Perindustrian Nilai 7 untuk meminta bantuan dan memaklumkan yang sepupunya cedera terputus tiga jari tangan ketika membetulkan motosikal yang mengalami kerosakan di lebuh raya dan perlu dihantar ke hospital dengan segera.

Atas keprihatinan yang tinggi, anggota polis terbabit terus menghulurkan bantuan khidmat masyarakat dan membawa mangsa ke Hospital Salam di Senawang. Kereta peronda tiba di bahagian kecemasan di hospital terbabit lebih kurang 20 minit dan mangsa segera dibawa oleh jururawat untuk menerima rawatan kecemasan. Pihak keluarga mangsa juga menzahirkan ucapan terima kasih atas pertolongan ini. Meskipun ia bukanlah tugas hakiki kami, namun ia membantu seorang lelaki kembali menjalani kehidupan normal. Lelaki itu difahamkan telah Β berjaya menjalani pembedahan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital petang semalam (Isnin).

Sumber:Β Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut