ISU TRAFIK DAN PEMBANGUNAN DI CAMERON HIGHLANDS PERLU DIBERI PERHATIAN SEWAJARNYA- SULTAN PAHANG

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya isu kesesakan trafik dan status pembangunan Cameron Highlands, Pahang diberi perhatian sewajarnya.

Baginda bertitah, penyelesaian isu kesesakan itu penting berikutan kawasan tanah tinggi terbabit sentiasa menjadi tumpuan jutaan pelancong dari dalam dan luar negara saban tahun yang mahu menghayati keistimewaannya.

“Saya (beta) berada di sini (lawatan kerja) untuk melihat keadaan sekeliling. Saya (beta) dapati tempat ini cantik dan sejuk, tetapi sayangnya trafik di sini terlalu sesak.

“Bilangan jalan diharap ditambah lagi atau mengambil tindakan membesarkan jalan selain memastikan pihak berkuasa dapat mengawal keadaan trafik supaya menjadi lebih baik.

“Selain itu, pembangunan juga perlu dikawal dan tidak boleh sewenang-wenangnya menarah bukit atau lereng bukit. Masalah air dan elektrik setiap rakyat di kawasan ini juga perlu diambil kira dan kita perlu mengambil kaedah (penyelesaian) mana sekalipun untuk menangani isu ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui media selepas berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Pengurniaan Hadiah 26th Cameron Highlands Amateur Open Golf Championship 2024 di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Dalam pada itu, baginda turut berkesempatan melawat Taman Eco Rimba Parit Falls.

“Saya (beta)ingin meminta pihak kerajaan mencari kaedah baru untuk menjaga warisan khazanah itu. Ini adalah salah satu usaha penting dan perlu dilaksanakan,” titahnya.

Baginda berada di Cameron Highlands selama lima hari sejak Jumaat lalu bagi lawatan kerja di sekitar daerah berkenaan selain bertemu rakyat.

Berangkat sama, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan rasa gembira dengan tarikan istimewa Kelab Golf Sultan Ahmad Shah di sini yang menjadi pilihan pemain sukan berkenaan dari dalam dan luar negeri.

“Saya (beta) lihat kelab dikawal dan dijaga dengan baik dari segi kebersihan dan kecantikan padang. Ini boleh menarik pelancong bermain golf sekali gus menjadi tarikan ekopelancongan sukan,” titahnya.

Kejohanan yang diadakan dua tahun sekali itu menyaksikan penyertaan 128 peserta yang terpilih bersaing mendapatkan gelaran terbaik dalam dua kategori yang dipertandingkan selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Turut hadir, Presiden Kelab Golf Sultan Ahmad Shah yang juga Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanuar Alyahya Syed Abdul Rahman dan Kapten Kelab Golf, Datuk Seri Vinod Kumar Agarwal.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut