15 RUMAH SETINGGAN MUSNAH TERBAKAR

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 rumah yang didirikan secara haram di kawasan setinggan yang terletak bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, di sini, musnah terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu bagaimanapun setakat ini tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.53 tengah hari.

Rumah yang musnah terbakar dalam kebakaran rumah setinggan yang terletak bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas ke lokasi kejadian bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus digerakkan ke tempat kejadian bagi mengawal api daripada terus merebak.

“Kebakaran membabitkan anggaran 15 rumah setinggan jenis tidak kekal yang musnah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba yang berada di lokasi kejadian sedang berusaha untuk mengawal kebakaran dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi turut dibantu agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Sementara itu, kejadian kebakaran dipercayai berlaku akibat lintar pintas ketika operasi merobohkan rumah setinggan yang dijalankan pihak berkuasa.

Wayar elektrik yang dikesan disambung secara haram di lokasi kebakaran bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.

Difahamkan, terdapat banyak pendawaian haram di lokasi kejadian selain struktur rumah kayu mempercepatkan lagi api merebak.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut