TELAGA TIUB UMS TAMPUNG KEPERLUAN AIR KETIKA GANGGUAN BEKALAN AIR JANS

KOTA KINABALU: Enam telaga tiub yang dibina di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, menggunakan dana RM3 juta yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu, sudah siap sepenuhnya dan mula beroperasi.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, bagaimanapun berkata keenam-enam telaga yang mampu membekal hingga sejuta liter air sehari (MLD) itu hanya sebagai alternatif ketika berlaku gangguan bekalan dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Katanya, telaga tiub itu akan dioperasikan sejurus berlaku gangguan bekalan air yang disalurkan JANS, sebagai kemudahan sokongan untuk memastikan pelajar dan  semua warga kampus tidak lagi berdepan masalah ketiadaan air yang kritikal.

Sebahagian tangki dan sistem rawatan air telaga tiub yang sudah mula berfungsi di UMS.

“Semua telaga tiub bagi pakej satu dan dua yang dibina di UMS sudah siap sepenuhnya meskipun ada sedikit kelewatan. Ketika ini, telaga tiub berkenaan dalam proses percubaan untuk kita pastikan bekalan air ini seperti yang kita harapkan.

“Tapi, saya ingin tegaskan bahawa apa yang dilaksanakan ini hanyalah alternatif. Sekiranya bekalan air dari pihak JANS tidak berfungsi, maka telaga tiub ini akan digunakan.

“Kita sudah pasang beberapa tangki di sekitar kediaman untuk simpan air. Apabila sumber dari JANS ini kurang, maka kita akan minta pelajar-pelajar supaya ambil stok yang ada di sekitar asrama mereka,” katanya ditemui selepas meninjau perkembangan terkini projek telaga tiub UMS, di sini, hari ini.

Mustapha melihat sistem perpaipan yang menyalurkan air telaga tiub ke kolej kediaman UMS.

Sementara itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar mengingatkan warga UMS dan orang ramai supaya memahami situasi sebenar masalah air yang dihadapi di kampus universiti itu dan kawasan sekitarnya.

Projek telaga tiub itu dilaksanakan sejak awal tahun ini berikutan situasi bekalan air yang meruncing disebabkan kekurangan bekalan dari loji rawatan air (LRA) selain kadar air tidak berhasil (NRW) yang tinggi, terutama di kawasan setinggan sekitar Sepanggar.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗘𝗦𝗖𝗔𝗣𝗘 𝗖𝗛𝗔𝗟𝗟𝗘𝗡𝗚𝗘

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Seramai  49 …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jika anda …
Maklumat Lanjut