SISIPAN SEJARAH PADA 9 JUN 1983: LEMBAGA LETRIK NEGARA (LLN) TANDATANGANI KONTRAK RM687 JUTA

Pada hari ini dalam tahun 1983, Lembaga Letrik Negara (LLN) telah menandatangani kontrak RM687 juta bersama 3 syarikat antarabangsa bagi pembinaan dan pelancaran 3 blok gas kitar padu untuk projek Stesen Janaelektrik Paka, Terengganu. Syarikat-syarikat yang terlibat tersebut ialah Mitsui Co. Ltd., Jepun, Alsthom Atlantique dan Alsthom Export Consortium. Kedua-duanya merupakan syarikat dari Perancis. Dalam upacara menandatangani perjanjian kontrak tersebut, LLN telah diwakili oleh Pengurus Besarnya Tan Sri Abu Zarim Haji Omar manakala Mitsui Co. Ltd. diwakili oleh Pengarah Urusan Eksekutifnya Encik K. Nishikawa. Syarikat Alsthom Altantique pula diwakili oleh Pengurus Perniagaannya Encik B. Boitean dan Althom Export Consortium diwakili oleh Presidennya Encik J. Fries. Dengan perjanjian kontrak tersebut ketiga-tiga syarikat antarabangsa ini telah diberi kepercayaan dan tugas untuk pembinaan loji gas kitar padu di Paka tersebut. Usaha LLN untuk membina Jana Elektrik di Paka Terenggganu ini adalah langkah LLN untuk meningkatkan lagi keupayaan penjanaan kuasa letrik dalam negara. Dengan termeterainya kontrak ini akan dapat menambahkan lagi stesen penjanaan kuasa dalam negara bagi keperluan penduduk dan bidang industri.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …