PENDUDUK LEGA HARIMAU KUMBANG MASUK PERANGKAP

Seekor harimau kumbang yang sebelum ini didakwa kerap muncul di Taman Suria dekat sini berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Khamis.

Dalam satu hebahan tular di media sosial, Ahli Jawatankuasa (AJK) Taman Suria meluahkan kelegaan apabila haiwan berkenaan sudah berjaya masuk ke dalam perangkap. Seekor harimau kumbang jantan di anggarkan berat lebih kurang 40 kilogram berjaya di tangkap dan masuk perangkap pada tengah malam tadi.

Pihak AJK Taman Suria Tampin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Perhilitan, polis, Majlis Daerah Tampin dan penduduk taman serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan proses penangkapan harimau kumbang tersebut.  Bagaimanapun, penduduk berharap agar semua pihak sentiasa berwaspada setiap masa susulan kehadiran haiwan dilindungi berkenaan.

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, mengesahkan tangkapan berkenaan. Harimau kumbang berkenaan akan diperiksa oleh pegawai veterinar terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …