Seekor harimau kumbang yang sebelum ini didakwa kerap muncul di Taman Suria dekat sini berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Khamis.
Dalam satu hebahan tular di media sosial, Ahli Jawatankuasa (AJK) Taman Suria meluahkan kelegaan apabila haiwan berkenaan sudah berjaya masuk ke dalam perangkap. Seekor harimau kumbang jantan di anggarkan berat lebih kurang 40 kilogram berjaya di tangkap dan masuk perangkap pada tengah malam tadi.
Pihak AJK Taman Suria Tampin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Perhilitan, polis, Majlis Daerah Tampin dan penduduk taman serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan proses penangkapan harimau kumbang tersebut. Bagaimanapun, penduduk berharap agar semua pihak sentiasa berwaspada setiap masa susulan kehadiran haiwan dilindungi berkenaan.
Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, mengesahkan tangkapan berkenaan. Harimau kumbang berkenaan akan diperiksa oleh pegawai veterinar terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.
Sumber: Sinar Harian